Jawatankuasa khas siasat kematian

in Nasional by


PORT DICKSON – Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian seorang peserta Port Dickson International Triathlon.


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jawatankuasa itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali.


“Jawatankuasa ini akan melihat sekiranya berlaku apa-apa yang bercanggah atau yang tidak dipenuhi dari segi undang-undang dan kami akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Syed Saddiq berkata, siasatan itu juga melihat dari segi keselamatan penganjur Port Dickson International Triathlon termasuk kelulusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


“Sebab itu, kena tunggu keputusan jawatankuasa sebab kita kena tengok kalau ada apa-apa syarat yang tidak dipenuhi dan kalau tiada akan ada tindakan susulan tapi perlu adakan dahulu jawatankuasa ini,” katanya.


Dalam pada itu, Syed Saddiq merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Thram Wei Wong, 39, yang lemas ketika menyertai acara renang pada kejohanan tersebut.


Terdahulu, Syead Saddiq meluangkan masa kira-kira 25 minit mendengar taklimat dan menziarahi keluarga terdekat Wei Wong di unit forensik Hospital Port Dickson (HPD).


Beliau kemudian turut meninjau lokasi kejadian sambil diiringi Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis.


[ARTIKEL BERKAITAN: Peserta triathlon lemas semasa acara renang]


[ARTIKEL BERKAITAN: Lemas: Aspek keselamatan dipatuhi]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]