Jerman sedia terima 50 migran diselamatkan

in Global by


BERLIN – JERMAN . Sebagai tanda solidariti, Jerman memaklumkan ia sedia mengambil 50 daripada 450 migrain yang diselamatkan daripada bot nelayan di Laut Mediterranean.


Dalam satu kenyataan, hari ini, Berlin berkata, langkah itu dibuat dengan tujuan untuk mengadakan perbincangan tentang kerjasama dua hala yang lebih besar mengenai pemohon suaka.


Perancis dan Malta juga mengambil tindakan sama dan bersetuju untuk mengambil kira-kira 100 migran.


Sementara itu, Itali menyatakan kesediaan untuk membantu negara Kesatuan Eropah (EU) lain kerana mahu berkongsi beban dengan menerima migran yang menyeberangi Meditteranean.


Menurut data dikeluarkan EU, Jerman menerima hampir sejuta permohonan suaka pada 2016 dan 2017 diikuti Rom pada kedudukan kedua dengan kira-kira 250,000 permohonan. – AP


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]