Keletihan tidak jejas fokus PKNP

in Sukan by


KEUPAYAAN PKNP membawa pulang tiga mata dari Paroi malam semalam walaupun tanpa kelibat beberapa pemain tonggak mendapat pujian pengendali Abu Bakar Fadzim.


Aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu menyaksikan pelawat menewaskan pasukan tercorot Liga Super, Negeri Sembilan, 2-1.


Abu Bakar  berkata, kemenangan berkenaan amat berharga dalam usaha memastikan PKNP terus kekal saingan Liga Super musim depan.


“Kemenangan ini sekali gus menjarakkan lagi jurang mata PKNP FC dengan pasukan lain.  Kita akan teruskan momentum ini untuk mengelak daripada berada dalam zon penyingkiran.


“Misi kita adalah  terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan dan diharapkan semua pemain dapat menimba ilmu serta pengalaman berguna musim ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Sementara itu, Abu Bakar mengakui kesebelasan PKNP berdepan keletihan pada perlawanan berkenaan selepas mengharungi perlawanan terdahulu.


Namun katanya, pemain PKNP berjaya beraksi baik seterusnya memenangi perlawanan berkenaan.


“Kita bangga dengan kemenangan ini. Kredit kepada semua pemain dan Insya-ALLAH, untuk baki empat perlawanan lagi, kita akan cuba yang terbaik,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]