Kerajaan perlu tingkat laluan OKU

in Edisi Utara by


POKOK SENA – Kumpulan Utara Hebat merayu kepada kerajaan hari ini supaya menyediakan lebih kemudahan asas terutamanya di tempat orang ramai.


Kumpulan yang memegang status orang kelainkan upaya (OKU) itu berharap lebih banyak kawasan terutamanya seperti di masjid, institusi perbankan, sekolah dan kawasan pelancongan mempunyai laluan untuk OKU.


Mohd Aiman Haykal Roslan,25, berkata, selepas empat tahun mengalami kecacatan fizikal dan menggunakan kerusi roda baharulah menyedari kemudahan asas seperti laluan di sebahagian masjid  masih belum memuaskan.


Katanya, kebanyakan masjid hanya membina tangga untuk jemaah awam sahaja tetapi bagi laluan OKU masih lagi diberi perhatian.


“Begitu juga seperti di bank sukar untuk golongan seperti kami ini untuk masuk ke kaunter bagi memasukkan dan mengeluarkan wang di kaunter. Oleh itu kami terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mengangkat kerusi roda supaya dapat masuk ke situ,” katanya pada Mesyuarat Agung ke-20 di Bukit Pinang semalam.


Zul Affandy Zainol Abidin,42, pula berkata, masalah itu juga turut dihadapi oleh mereka seperti di pusat pelancongan.


Katanya, kegagalan pihak berkenaan yang gagal membina laluan kepada OKU seolah-olah menafikan hak kami sebagai rakyat yang mahukan kehidupan seperti orang awam lain.


“Hampir 70 peratus tempat melancong dalam negara tidak mempunyai prasarana mesra OKU seperti di negara maju lain.


“Oleh itu sebelum saya melancong terpaksa kena tengok dulu dalam online kemudahan itu. Kalau sesuai baharu saya booking atau pi ke situ supaya tidak menimbulkan sebarang masalah nanti.


“Saya berharap kerajaan baharu hari ini dapat peka dengan masalah kami ini dan dapat banyak lagi laluan kerusi roda dibina serta membela nasib kami selama ini,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]