Marahkan nyamuk kelambu dibakar: Nazri

in Edisi by


JERANTUT-Marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan Umno seluruh kampung terbakar.


Itu perumpamaan yang diberikan oleh Ketua Umno Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah terhadap kritikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada parti tersebut.


Menurutnya, kritikan itu dilihat suatu tindakan bagi orang yang kalah dan KJ lebih banyak berbunyi selepas kekalahan Umno pada PRU14 lalu  dan pemilihan jawatan presiden baru-baru ini.


“Kenapa beliau (KJ) lebih banyak mengkritik, menegur sekarang.Kenapa bukan lima tahun lalu.


“Sepatutnya ketika beliau (KJ) memegang jawatan menteri, beliau dah  tegur dan cakap apa yang tak betul,”katanya kepada Sinar Harian semalam.


Pada Khamis lalu,KJ menyuarakan kritikannya menerusi bebenang Twitter yang menyatakan Umno gagal mendengar suara rakyat.


Antara lain kritikannya ,beliau mempersoalkan tindakan Umno yang memainkan isu sentimen kaum, mengutip tabung untuk mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyelar tindakan pemimpin Umno serta rakan-rakannya sengaja bermain dengan isu perkauman.


Mengulas kritikan itu,Nazri yang juga Adun Pulau Tawar memberitahu,ia timbul berikutan cadangan KJ untuk membuka keahlian parti kepada semua kaum.


Menurutnya, pucuk pimpinan tidak selari dengan cadangan tersebut selain tidak setuju dengan pelantikan Ketua Hakim Negara,Peguam Negara dalam kalangan bukan Melayu.


Ditanya mengenai kewujudan tabung solidariti terhadap Najib, beliau menyatakan ia berdasarkan budi bicara dan bukan atas arahan atau paksaan bekas Presiden parti itu.


“Orang Melayu penuh dengan budaya bertimbang rasa dan simpati.Ada budi bahasa dan mengenang budi.Jadi di peringkat bawah anjurkan tabung ini untuk membantu.


“Sepatutnya bekas menteri dan mereka yang banyak mendapat manfaat sebelum ini yang perlu membantu..kenang budi bekas Presiden,Perdana Menteri(Najib),” katanya lagi.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]