Nasib Siti Aishah diketahui Jumaat ini

in Uncategorized by


IPOH – Status perlantikan Ketua Srikandi PKR Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai Penasihat Menteri Besar bertaraf Exco akan diketahui Jumaat ini.


Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan Peringkat Negeri.


Menurutnya, perbincangan menyeluruh melibatkan semua aspek akan diadakan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.


“Penangguhan itu oleh kerana tiada keputusan rasmi lagi, ia akan ditangguhkan sehingga 20 hari bulan ini dan akan dibincangkan secara menyeluruh.


“Kita mengambil kira semua aspek yang diperlukan samada pegawai hari ini boleh melaksanakan kerja dan sebagainya dan selepas itu barulah diputuskan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Aidilfitri di Masjid Al-Hidayah, Rancangan Perumahan Tersusun Pengkalan Pegoh Seberang, Desa Pakatan di sini, hari ini.


Mohammad Nizar berkata, perlantikan Siti Aishah itu hanya cadangan daripada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan belum diputuskan secara rasmi Kerajaan Pakatan Harapan.


Semalam, Mohammad Nizar menyatakan Harapan Perak tidak memerlukan penambahan jawatan lain dalam urusan pentadbiran dan hariannya termasuk lantikan penasihat menteri besar yang baharu.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]