PVATTBM minta kementerian jelas kedudukan BBN, kuota haji

in Nasional by


KANGAR – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan kedudukan Bantuan Bakti Negara (BBN) dan kuota haji kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Presidennya, Ismail Abidin berkata kenyataan kementerian semalam tidak menyebut mengenai dua perkara itu cuma memberi jaminan segala bentuk bantuan yang dinikmati oleh veteran ATM sama ada yang berpencen atau tidak, akan diteruskan.


“Saya mengucapkan terima kasih dengan jaminan yang diberi Kementerian Pertahanan namun dua perkara itu (BBN dan kuota haji) tidak disentuh,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini


Menurut Ismail, sebanyak 77,000 veteran ATM tidak berpencen berpendapatan bawah RM4,000 sebulan layak tetapi ramai tidak menerima BBN sebanyak RM1,200 setahun.


Menurut kenyataan kementerian itu, bantuan yang diteruskan antaranya disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), persekolahan atau Kolej Vokasional Kebangsaan (KVK), kemasukan ke institut pengajian tinggi awam atau politeknik, perubatan, peralatan pesakit, bencana alam, pengurusan jenazah dan perumahan (baik pulih dan bina baharu). -Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]