Sasar Harimau Malaya di Piala Dunia

in Sukan by


KEMENTERIAN Belia dan Sukan memandang serius penyertaan pasukan bola sepak negara ke pentas Piala Dunia pada masa akan datang.


Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu ketika di Indonesia.


“Insya-ALLAH bro, itulah sasarannya. Semalam semasa di Indonesia, sempat bersama pimpinan FAM yang baharu.


“Banyak yang dibincangkan tentang pelan pembangunan bola sepak yang menitikberatkan peranan pakar yang pandu arah bukan campur tangan politik atau lantikan politik,” katanya ketika menjawab ciapan seorang pengikut di Twitter, hari ini.


Sebelumnya, pengikut menggunakan nama Safiuddinudden berharap Syed Saddiq dapat mengubah struktur pembangunan bola sepak negara dalam misi memburu Piala Dunia.


“Saya harap YB dapat ubah struktur pembangunan bola sepak negara supaya nanti cucu-cucu kita tengok FIFA World Cup bukan pakai jersi Perancis atau Croatia tapi pakai jersi negara kita. Harimau Malaya! Aum,” tulisnya.


Dua hari lalu, Syed Saddiq ke Indonesia bertemu rakan sejawat, Imam Nahrawi bagi membincangkan perkara berbangkit berhubung isu sukan dua negara.


[ ARTIKEL BERKAITAN : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/isu-provokasi-bola-syed-saddiq-bertemu-imam-nahrawi-1.856145 ]


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]