Satu kepercayaan, harap sokongan padu

in Politik by


IPOH – Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad tidak menjangka dilantik Pengerusi BN Perak mengantikan Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Menurut Saarani yang terkejut dengan pengumuman Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga terharu apabila diberikan kepercayaan menerajui pimpinan BN di negeri ini.


Katanya, dia akan berjumpa Ahmad Zahid segera bagi mendapatkan mandat yang jelas daripada bekas timbalan perdana menteri itu dalam menerajui BN di Perak.


“Selepas berjumpa beliau saya akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan pandangan Ahli Jawatankuasa Umno Negeri mengenai apa yang perlu laksanakan.


“Ini kerana saya tidak boleh bergerak bersendirian dan memerlukan sokongan ketua-ketua bahagian di Perak dan mendengar cadangan mereka berdasarkan post mortem kawasan masing-masing bagi memastikan kita dapat membuat rangka kerja dan seterusnya mengembalikan kegemilangan BN di Perak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Pada masa sama Saarani juga meminta sokongan semua pimpinan Umno negeri serta ahlinya untuk bersama beliau menerajui BN Perak selepas apa yang berlaku PRU14 lalu.


“Kita ada displin parti oleh kerana perlembagaan menyebut presiden akan memilih pengerusi, kita harus akur dengan pilihan tersebut dan sudah tentu saya ini tidak sempurna, ada kelemahan.


“Tetapi saya tidak boleh bergerak sendirian, saya memerlukan gabungan kekuatan dalam kalangan pemimpin Umno negeri dan seluruh ahli Umno negeri untuk bersama menguatkan parti,” katanya.


Tambahnya, semua pimpinan dan ahli Umno negeri perlu melihat kelebihan yang ada dalam kalangan mereka dan menggabungkannya untuk mejadikan parti tersebut lebih kuat di Perak.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]