Bot karam Phuket : Semua mayat dikeluarkan

in Global by


PHUKET – THAILAND. Pasukan penyelamat Thailand berjaya membawa keluar mayat terakhir, mangsa nahas feri karam yang mengorbankan puluhan pelancong China di selatan pulau peranginan Phuket, bulan ini.


Bot Phoenix yang membawa 105 penumpang, kebanyakan warga negara China dilaporkan karam semasa dalam perjalanan pulang dari lokasi menyelam terkenal pada 5 Julai lalu.


[ARTIKEL BERKAITAN : Tragedi bot karam di Phuket: 33 disahkan maut, 23 hilang]


[ARTIKEL BERKAITAN : Bot karam: 8 lagi mayat ditemui, angka korban meningkat 41]


[ARTIKEL BERKAITAN :Tentera Laut Thai temui 21 mayat]


[ARTIKEL BERKAITAN : 20 hilang bot karam di Phuket]


Penyelam dan tentera laut menghabiskan masa seminggu untuk mengeluarkan mayat dari dalam bot.


Jabatan Perhubungan Awam Phuket dalam satu kenyataan semalam, berkata bahawa ‘mayat terakhir dari nahas bot Phoenix’ sudah ditemui malam tadi.


“Semua yang hilang sudah ditemui,” kata kenyataan itu yang merekodkan angka akhir mangsa terkorban seramai 47 orang.- AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]