Fauzi Nawawi buka hotel bajet cecah RM8 juta

in Hiburan by
Fauzi Nawawi

Fauzi Nawawi buka hotel bajet cecah RM8 juta


BUKAN sekadar aktif dalam dunia lakonan, pelakon Fauzi Nawawi juga kini sedang sibuk menguruskan projek terbaharu iaitu penginapan konsep bajet.


Menurut pelakon antagonis ini, penginapan yang dikenali Bunker Hotel & Restoran yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur sudah pun beroperasi sejak dua tahun lalu.


“Idea tercetus sejak melihat ramai kenalan artis dan ikon-ikon perniagaan yang dah berjaya dalam bidang lain selain berlakon.


“Sebagai contoh Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor, dan Datuk Seri Alif Syukri.


“Hotel ni telah dijalankan sejak dua tahun yang lalu kerana memberi ruang untuk proses mempersiapkan dekorasi dalaman dan lain-lain.


“Jadi hari ini adalah masa yang sesuai tambahan pula 90% sudah siap.


“Akhir kata, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik dalam cabang baharu. Semoga perniagaan saya ini kekal,” ujarnya.


Fauzi, yang juga suami kepada pelakon terkenal iaitu Lisdawati, mengakui hotel berkonsepkan butik ini menelan belanja yang besar.


“Kos menelan belanja hampir mencecah RM8 juta dan hotel ini bukanlah saya seorang sahaja yang menggerakkannya tetapi ada dua lagi rakan lain,” akuinya pelaburan yang dibuat tanpa pinjaman.


Fauzi atau nama penuhnya Mohd Fauzi Nawawi, 45, yang ditemui ketika majlis perasmian, berkata, biarpun dia kini sibuk dengan projek terbaharu, ia bukanlah signal untuk memperlahankan karier lakonannya.


“Walaupun saya sekarang ini dah memberikan komitmen dengan perusahaan baharu, dunia lakonan saya tetap teruskan dan tak akan tinggal kerana ia telah sebati dalam diri saya.


“Pun begitu, buat masa ini saya perlahankan karier lakonan sebab menunggu karya yang belum pernah saya bawa.


“Sejak akhir-akhir ini banyak drama-drama cinta, takkan saya nak bawa watak tu? Beri laluan dan peluang kepada bakat-bakat baharu,” jelasnya yang masih menyintai watak antagonis.


Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad yang merasmikan hotel ini.


Hadir sama menyerikan lagi majlis ini ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, Datuk Mohd. Yusof Md. Haslam Khan, dan Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak.




 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]