Lima maut lombong terbakar di Afrika Selatan

in Global by


JOHANNESBURG – AFRIKA SELATAN. Sekurang-kurangnya lima pelombong di Afrika Selatan terbunuh dalam kebakaran bawah tanah semalam memaksa penyelamat meneruskan operasi mengeluarkan satu-satunya mangsa yang dipercayai terselamat.


Menurut kenyataan syarikat Palabora Copper yang mengendalikan lombong tembaga tersebut, ketika kejadian tali sawat penghantar di lombong berkenaan terbakar lalu memerangkap enam pekerja bawah tanah.


“Setakat ini, lima pekerja disahkan mati di Palabora Mining. Pencarian seorang lagi pekerja diteruskan,” kata Jabatan Sumber Mineral Afrika Selatan menerusi Twitternya.


“Siasatan akan bermula sebaik pekerja terakhir ditemui, api dipadamkan sepenuhnya dan kawasan itu diisytiharkan selamat.”


Palabora Copper berkata pengurusan lombong, pegawai dari Jabatan Sumber Mineral dan persatuan buruh kini berada di lombong untuk menyiasat punca kejadian.


Bulan lalu, empat pelombong terbunuh dalam satu kejadian di sebuah lombong emas yang dikendalikan Sibanye Stillwater. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]