Pecah rumah melalui bumbung

in Edisi by


KUANTAN – Polis Kuantan semalam memaklumkan kejadian pecah rumah di daerah ini semakin membimbangkan.


Jumlah kes yang direkodkan sejak Januari sehingga Julai meningkat sehingga 37 kes berbanding beberapa kes untuk tempoh sama, tahun lalu.


Jenayah berkenaan juga berlaku kerana faktor semangat kejiranan yang tidak kukuh dalam kalangan penduduk.


Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata,


kebanyakan kejadian dilaporkan pada waktu bekerja.


“Modus operandi yang digunakan pula adalah pecah rumah menerusi bumbung dan perbuatan mereka sangat licik sehingga tidak disedari jiran tetangga.


“Justeru, penduduk kawasan perumahan dinasihatkan meningkatkan kesedaran dengan meningkatkan semangat kejiranan dan cakna keadaan sekeliling,” katanya.


Menurutnya, lokasi sasaran penjenayah berkenaan antaranya di Alor Akar, Jaya Gading, Kubang Buaya, Galing dan Pandan Indah.


Beliau berkata, ada di antara mangsa kehilangan barangan rumah yang besar seperti televisyen 42 inci yang memerlukan suspek melakukannya dalam keadaan terang-terangan tetapi langsung tidak disedari jiran.


“Perkara ini amat menyedihkan sekali gus menunjukkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin pudar.


“Situasi ini mengakibatkan jenayah pecah rumah semakin berleluasa. Ada mangsa kerugian andara RM40,000 hingga RM100,000. Semangat kejiranan perlu dipertingkat dan diperhebat,” katanya.


Katanya, jiran tetangga yang mengesyaki berlaku jenayah pecah rumah segera menghubungi bilik gerakan polis di talian 09-5142999 dan identiti mereka dirahsiakan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]