Pengerusi PTPTN nafi jawatan atas lantikan politik

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan  Saiful Wan Jan  menafikan lantikan ke atas dirinya merupakan lantikan politik.


Wan Saiful berkata, lantikan berkenaan tidak bertentangan dengan akujanji dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan iaitu lantikan politik dalam jawatan tertentu.


Menurutnya, dalam manifesto berkenaan dengan jelas menegaskan perlantikan ahli lembaga ke dalam semua syarikat milik kerajaan (GLC) nasional dan negeri bukan berdasarkan kaitan politik.


“Bagaimanapun, PTPTN ini adalah badan berkanun… bukan GLC… Mereka boleh baca akujanji berkenaan,” katanya dalam sidang media di Menara PTPTN, tadi.


Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusof.


Untuk rekod, 28 Jun lalu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik dalam laporan Bernama menafikan dakwaan lantikan penasihat khasnya (Wan Saiful) sebagai Pengerusi PTPTN yang baharu adalah lantikan politik.


Maszlee berkata, ramai telah menolak jawatan itu yang dahulunya dilihat berprestij kerana takut untuk menggalas tanggungjawab besar tersebut selain berdepan peminjam yang enggan membayar hutang.


Katanya, pelantikan Wan Saiful merupakan satu pelan luar jangka untuk menyelamatkan keadaan dan membantu melunaskan janji kerajaan Harapan berhubung pinjaman PTPTN.


Wan Saiful dilantik secara rasmi pada 18 Jun lalu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]