Trump-Putin janji baiki hubungan AS-Rusia

in Global by


HELSINKI – FINLAND. Presiden Donald Trump dan Vladimir Putin berjanji memperbaiki hubungan bermasalah antara dua negara itu ketika persidangan kali pertama mereka, semalam.


Kedua-dua pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Rusia itu menyatakan hasrat bekerjasama selepas perbincangan mengenai pelbagai isu termasuk Syria, Ukraine, perdagangan China dan simpanan senjata nuklear masing-masing.


“Hubungan kita tidak pernah seteruk sekarang. Namun, ia berubah kira-kira empat jam lalu. Saya amat mempercayainya dan berjanji ini hanya permulaan,” kata Trump.


“Ramai beranggapan hubungan dua hala ini berdepan tempoh sukar. Namun, tiada sebab untuk suasana tegang sekarang,” kata Putin.


Difahamkan, kedua-dua pemimpin itu bertemu secara peribadi selama lebih dua jam hanya ditemani jurubahasa masing-masing, sebelum disertai pasukan keselamatan dalam negeri masing-masing. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]