Adam Corrie kongsi gambar, nama anak

in Hiburan by

Adam Corrie kongsi gambar, nama anak


SELEPAS genap tujuh hari dilahirkan, pelakon Adam Corrie Lee berkongsi nama dan gambar anak sulungnya di akaun Instagram.


Menurut Adam Corrie, 50, dia dan isteri sepakat memberi nama Adam Fateh Lee kepada cahaya mata yang sudah dinantikan sejak 10 tahun lalu.


“Assalamualaikum. Hari ini genaplah tujuh hari usia Baby Lee.


“Pada hari ketujuh disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee  Adam Corrie Lee.


“Dan hari ini juga disunatkan untuk bercukur, abah cukur sendiri. Majlis buat kemudian. Bagi mak Fateh habis berpantang dan sihat dulu,” tulisnya.


Bukan itu sahaja, Adam Corrie turut membuka akaun Instagram buat Adam Fateh dengan nama @adamfatehlee .


Adam Fateh dilahirkan pada petang Rabu lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.


Adam  Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]