Bangkai 292 buaya dibakar

in Global by


JAKARTA – INDONESIA.Pihak berkuasa Indonesia membakar 292 bangkai buaya yang dibunuh penduduk kampung kerana membalas dendam kematian seorang lelaki yang diserang reptilia itu di sebuah ladang ternakan.


“Buaya yang mati dibakar dan ditanam berhampiran kawasan ladang,” kata pegawai pemuliharaan di wilayah Papua Barat, Basar Manullang menerusi pesanan teks.


Selepas pengebumian mangsa Sabtu lalu, sekumpulan penduduk kampung di Papua Barat bersenjatakan pisau, parang dan cangkul menceroboh sebuah ladang ternakan di daerah Sorong dan membunuh 292 ekor buaya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk berang bunuh 292 buaya]


Ia bertujuan membalas dendam kematian mangsa bernama Sugito, 48, yang dipercayai memasuki ladang ternakan buaya terbabit untuk mencari rumput bagi haiwan ternakannya ketika dia diserang reptilia berkenaan.


Pada 2013, ladang ternakan tersebut diberi lesen membiak buaya daripada spesies dilindungi untuk tujuan pemuliharaan dan komersial. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]