Diskaun 50 peratus kepada pengunjung

in Edisi Johor by


ISKANDAR PUTERI – Taman tema air terbesar di dunia, Desaru Coast Adventure Waterpark (DCAWP) yang akan beroperasi Khamis ini menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pengunjung sempena pembukaannya.


Pengurus Besarnya, DCAWP Jeff Jouett berkata, taman tema air itu mampu memuatkan seramai 12,000 pengunjung sehari dan memiliki lebih daripada 20 permainan kering dan basah serta pelbagai tarikan lain.


“Menariknya ia mempunyai sebuah pantai ombak seluas hampir tiga ekar.


“Ia yang mampu menampung empat juta gelen air berkeupayaan menjana ombak sehingga empat meter tinggi, menjadikannya sebagai salah satu daripada ombak buatan yang terbesar di dunia,” katanya.


Jeff berkata, pra pelancaran taman air itu akan berlangsung sehingga Oktober yang akan dibuka selama empat hari seminggu (Khamis, Jumaat, Sabtu termasuk Ahad).


“Ia akan ditutup selama tiga hari bagi memberi laluan kepada sentuhan terakhir yang akan membolehkan taman itu beroperasi sepenuhnya menjelang Oktober ini,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]