Pas, Umno tetap musuh walau keluar dewan bersama

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Meskipun Pas menyertai Umno keluar Dewan Rakyat semalam, parti Islam itu menegaskan tidak akan sesekali bekerjasama melakukan kerjasama politik.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, Pas akan menjalin kerjasama  dengan Umno dan Pakatan Harapan dalam perkara melibatkan kepentingan rakyat.


“Kita kerjasama dengan semua, dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat


“Kita tak akan bergabung dengan Umno,” katanya kepada media selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.


Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas  yang lihat ‘mesra’ Umno termasuklah keputusan keputusan keluar dewan sebagai tanda protes atas cara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos  sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.


Hari pertama Dewan Rakyat semalam kecoh apabila wakil rakyat Pas dan BN bertindak keluar dewan sebagai membantah cara pelantikan Speaker yang didakwa melanggar perlembagaan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]