Perhimpunan sokong institusi beraja ke Parlimen?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong diadakan di pekarangan letak kereta bukit Aman bagi menyatakan sokongan terhadap institusi beraja di negara ini.


Menurut penganjur dan juga merupakan Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam tujuan himpunan ini diadakan bagi tanda sokongan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Para peserta memakai plakad yang tertera Agong Payung Agama Islam.


Katanya, himpunan ini juga sebagai satu  tuntutan supaya Yang Di-Pertuan Agong diberikan kebebasan untuk bersuara dan bertindak bagi mempertahankan Agama Islam dan kepentingan Bangsa Melayu tanpa perlu dipaksa oleh kerajaan supaya menerima apa sahaja yang dinasihatkan oleh mereka.


Perarakan himpunan akan ke Parlimen.


IKUTI LANGSUNG DI SINAR HARIAN


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]