Perlu hormat keputusan presiden

in Edisi Johor by


PONTIAN – “Tidak adil untuk kita mengadili Ahli Majlis Tertinggi dengan melihat nama sahaja, sedangkan mereka belum memulakan tugas mereka,” Kata Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan.


Menurutnya, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhak melantik beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umno yang difikirkan sesuai untuk membantu kerja-kerja parti.


“Mereka diberi amanah untuk melaksanakan kerja-kerja yang akan datang. Hanya sebahagian kecil sahaja yang dilantik oleh presiden.


“Kenapa perlu ada pertikaian tentang pelantikan tersebut,” katanya.


Jefridin turut yakin presiden telah meneliti kesemua calon-calon tersebut sebelum membuat keputusan.


Oleh itu katanya, Datuk Md Jais Sarday perlu memberi peluang untuk Ahli Majlis Tertinggi Umno membuat kerja mereka kerana perubahan memerlukan masa.  


“Kita kena lihat juga kepimpinan di Johor. Dulu kita rasa kita yang terbaik dan sudah buat semua strategi serta tindakan dengan menampilkan pelbagai barisan pakar.


“Namun akhirnya kita ditolak juga oleh rakyat. Kita kena fikirkan juga kenapa?,” katanya.


Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday mengkritik barisan Ahli Majlis Tertinggi Umno lantikan yang diumumkan Ahmad Zahid.


Menurutnya, pengumuman itu juga jelas memperlihatkan tiada banyak berlaku perubahan struktur organisasi dalam parti di mana terdapat beberapa individu yang dilantik semula di dalam barisan kepimpinan.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]