Ramasamy perlu disiasat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Siasatan menyeluruh perlu dijalankan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berhubung beberapa isu melibatkan pemimpin tersebut.


Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan melahirkan kebimbangan apabila Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu dikatakan terlibat dengan kumpula pemisah Tamil Sri Lanka, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).


Menurutnya, gambar yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini menimbulkan banyak persoalan termasuk pertemuannya dengan seorang ahli politik India yang disenaraihitam Jabatan Imigresen.


“Selain itu, tersebar satu gambar beliau bersama seorang Adun sedang memberikan penghormatan kepada satu bingkai gambar senjata dalam majlis anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dua tahun lalu.


“Siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas beliau dan individu lain yang terlibat. Hal ini dibimbangi boleh menggugat kestabilan politik dan keamanan di Malaysia.


“Tambahan pula beliau adalah ahli DAP dan memegang jawatan tinggi di Pulau Pinang dan statusnya itu boleh mempengaruhi hal penting yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 700 NGO desak Dr P Ramasamy ditahan ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tindakan terhadap Ramasamy ]


Tambah Nasrudin, Pas menggesa pihak polis segera menyiasat Ramasamy ekoran pelbagai isu membimbangkan membabitkan pemimpin itu.


“Individu menularkan gambar Ramasamy telah melancarkan petisyen supaya beliau dipecat daripada menganggotai kerajaan dan Adun kerana didakwa terlibat dengan LTTE.


“Beliau (Ramasamy) dakwa isu gambar sengaja ditularkan ekoran kelantangannya untuk mengusir pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia.


“Jadi, Pas menggesa polis ambil tindakan segera dalam isu ini,” ujarnya.


Nama Ramasamy menjadi bualan baru-baru ini ekoran kelantangannya mahu mengusir Zakir Naik dari Malaysia kerana bimbang hubungan India dan Malaysia terjejas.


Begitupun, ramai pihak membantah cadangannya itu dan laporan polis dibuat beberapa NGO mendesak Ramasamy ditahan kerana kenyataannya berbaur hasutan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]