Sambut baik hasrat Anwar bertanding Presiden PKR

in Politik by


KUANTAN – Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang menyambut baik dan mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke jawatan Presiden PKR.


Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, PKR negeri Pahang mengiktiraf sumbangan Anwar dhalam memperkukuhkan dan memperkuatkan pejuang-pejuang reformasi.


Menurutnya, sumbangan Penasihat PKR itu cukup besar dalam meletakkan asas ke arah kemenangan Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14.


“Kami amat  gembira apabila mendapat tahu  keputusan beliau untuk bertanding


setelah mengadakan rundingan dengan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan


Ismail dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pimpinan-pimpinan tertinggi parti yang lain.


“Ini menandakan kesepakatan di kalangan pemimpin tertinggi PKR dalam menerima Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Fauzi berkata, PKR negeri Pahang juga mengiktiraf penghargaan yang amat tinggi kepada Dr. Wan Azizah dan Mohamed Azmin serta pimpinan-pimpinan tertinggi parti yang berjaya menyatukan serta menggerakkan ahli-ahli parti dalam memperjuangkan agenda reformasi.


“Sekaligus ia menzahirkan kesepakatan dengan parti-parti lain di dalam Harapan sehingga mencetuskan kemenangan mutlak pada PRU14 yang lepas.


“Pada masa sama, kita juga menjunjung kasih kepada Yang DiPertuan Agong kerana atas cadangan Perdana Menteri,


Tun Dr Mahathir Mohamad, baginda telah memberi pengampunan awal dan tanpa syarat kepada beliau,”katanya.


Beliau berharap  ahli-ahli PKR maju ke hadapan dan  menzahirkan perpaduan yang jitu agar dapat memenuhi hasrat dan perjuangan  asal reformasi untuk menjadikan Malaysia lebih sejahtera kepada rakyat.


“Selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang, saya doakan agar pemilihan akan diadakan berjalan lancar dan selamat. Jika ada sebarang kesilapan marilah kita kembali bertaut agar dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]