Senator Harapan berazam beri khidmat terbaik

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan yang mengangkat sumpah sebagai Senator hari ini, berazam untuk memberi khidmat yang terbaik.


Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, beliau komited untuk menjalankan tugas demi tanggungjawabnya kepada negara.


Susulan pelantikan itu, Chin Tong turut menzahirkan rasa terima kasih ke atas parti dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas peluang yang diberi.


“Terima kasih kepada semua diatas pelantikan yang dicadang oleh Perdana menteri dan daripada DAP.


“Saya akan berkhidmat untuk negara dan Dewan Negara ,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.


Sementara itu, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut melahirkan komitmen yang sama.


Katanya, beliau bersyukur diatas pelantikan berkenaan.


“Alhamdulillah saya rasa ini satu penghormatan untuk rakyat negeri Terengganu supaya kita ada satu suara yang boleh sampaikan segala rintihan dan masalah dan isu-isu tempatan dari Terengganu melalui senator.


“ Insya-ALLAH Terengganu tak akan ketinggalan daripada landskap politik negara,” katanya.


Kedua-duanya akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri di Istana Negara petang ini.


Selain mereka, enam orang yang lain yang mengangkat sumpah sebagai Senator.


Mereka ialah Dr Mohd Radzi Md Jidin, Datuk Ismail Ibrahim, P Waytha Moorthy, Marzuki Yahya, Datuk Hussin Awang dan Asmak Hussin.


Difahamkan, baki menteri dan timbalan menteri yang belum dilantik adalah dalam kalangan Senator.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]