'Sila duduk dan jangan lari'

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dengan ‘amaran’ kepada ahli Parlimen supaya duduk dan tidakĀ  keluar dewan.


Baginda yang masuk ke Dewan Rakyat pada jam 10.45 pagi memulakan titah dengan nada jenaka.


“Tuan-tuan yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda.


Titah baginda itu disambut gelak tawa seisi Dewan Rakyat.


Sultan Muhammad V bertitah demikian susulan tindakan Ahli Parlimen BN dan Pas yang bertindak keluar dewan semalam kerana membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat,Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]