Tidak wajar didiskrimansi selagi tidak cabar undang-undang

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tidak wajar didiskriminasi sebagai warganegara selagi mereka tidak mencabar nilai masyarakat dan undang-undang.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu-isu lain.


“Berhubung orientasi seksual, jika mereka diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain.


“Tetapi sekiranya  mereka secara terbuka mempromosikan LGBT sebagai budaya, ia akan menjadi isu terhadap nilai dalam masyarakat kita dan undang-undang negara,” katanya


ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


Mujahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengemukakan program melalui pendekatan dialog dengan golongan LGBT sebagai langkah untuk membawa mereka semula kepada norma sebenar manusia.


Beliau ketika diminta mengulas berhubung peletakan jawatan pegawai akhbar Kementerian Belia dan Sukan, Numan Afifi yang pernah menimbulkan kontroversi kerana menyokong penganjuran acara melibatkan LGBT.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Parit Buntar itu enggan mengulas lebih lanjut isu berkenaan dan berkata bahawa Numan sendiri yang memilih meletakkan jawatan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]