150 ahli PBKIM berhimpun

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Kira-kira 150 ahli Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) dari seluruh negara hadir memeriahkan Majlis Hi-Tea di Kelab Cinta Sayang, baru-baru ini.


Presiden PBKIM, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, antara rakan yang diraikan termasuk Yusoff Saad, 68 tahun yang menggunakan kerusi roda selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis dan rakan yang paling veteran ialah, Abdullah Ismail, 75, yang merupakan mantan Presiden PBKIM.


Menurutnya, PBKIM mempunyai ahli lebih 1,000 orang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


“Bagi memeriahkan suasana, cabutan bertuah hamper dan tiket bermalam di Kelab Cinta Sayang disampaikan kepada penerima bertuah,”katanya.


Beliau berharap agar majlis sama akan diteruskan pada masa depan dengan sistem giliran ke negeri lain.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]