Bas percuma untuk penduduk Alma

in Edisi Utara by


BUKIT MERTAJAM – Penduduk di sekitar kawasan Alma bakal menikmati kemudahan bas pengantara percuma CAT yang akan mula beroperasi pada 22 Julai depan.


Perkhidmatan bas percuma yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 10 malam itu akan melalui Taman Seri Janggus, Taman Sejahtera Indah, Taman Selesa, Pasaraya Wonderful, Pusat Perniagaan Alma, Taman Alma Jaya, Taman Selamat, Taman Nirvana, Pusat Sukun Jesselball, Taman Seri Impian, Masjid Alma Jaya, AEON Mall.


Turut menjadi laluan bas percuma itu di Taman Seri Kijang, pasar raya TESCO, Taman Impian Ria, Perindustrian Ringan Alma, Taman Usaha, Perindustrian Usahajaya, Perindustrian Asas Murni, Taman Amra dan Taman Sukun.


Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon berkata kemudahan pengangkutan awam berkenaan disediakan oleh kerajaan negeri akan dapat meningkatkan mutu kehidupan rakyat setempat.


Menurutnya, dengan kemudahan bas pengantara ini diharap lebih menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan peribadi, sekaligus mengurangkan lambakan kenderaan atas jalan.


“Memang jalan utama di sekitar kawasan ini menghadapi kesesakan terutama pada waktu puncak.


“Kita berharap dengan perkhidmatan yang disediakan ini akan mengurangkan masalah kesesakan dan meningkatkan mutu serta kuali hidup masyarakat di sini,” katanya ketika melancarkan Operasi Bas Pengantara Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) di sini semalam.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]