Hampir semua kilang di Gaza ditutup

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Jawatankuasa Popular Tamatkan Pengepungan Gaza berkata bahawa 80 peratus kilang di Gaza telah ditutup sama ada sebahagian atau sepenuhnya.


Ia menambah bahawa situasi itu menjejaskan 300,000 pekerja dan menyebabkan beribu-ribu lagi siswazah menganggur.


Dalam satu kenyataan, ketua jawatankuasa itu, Ahli Parlimen Jamal al-Khodari, berkata Israel telah mengetatkan pengepungan Gaza dengan bertujuan “memusnahkan ekonomi Gaza” sepenuhnya.


Israel, dengan sokongan Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin katanya, telah mempertahankan pengepungan di Gaza selama 12 tahun.


“Keadaan diburukkan lagi apabila komuniti antarabangsa tidak mengambil tindakan untuk menamatkannya,” ujar al-Khodari.


Menurut Al-Khodari lagi, Israel menghalang semua bahan-bahan perindustrian dari memasuki Gaza.


“Ini telah melumpuhkan sektor perindustrian,” katanya.


Beliau menekankan perlunya usaha Palestin, Arab dan antarabangsa yang bersatu untuk menamatkan pengepungan Israel. – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]