Helikopter terhempas di Thailand

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mengesahkan sebuah helikopter terhempas di timur laut negara itu, hari ini.


Kejadian berlaku di wilayah Khon KaenĀ  kira-kira jam 9.10 pagi.


Helikopter malang itu membawa tiga penumpang dan seorang juruterbang.


“Setakat ini pasukan penyelamat telah menemui tiga mayat. Antara yang terbunuh dalam insiden ini ialah dua petugas stesen TV Channel 7.


“Seorang lagi masih hilang, kami tak boleh sahkan sama ada dia masih hidup atau telah mati,” kata gabenor Khon Kaen, Somsak Jangtrakul. – Bangkok Post


Source: SH Global

[featured-video-plus]