Johor sasar 160,000 pelancong kesihatan

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mensasarkan menerima kira-kira 160,000 pelancong kesihatan ke negeri ini untuk mendapatkan rawatan dalam tempoh terdekat.


Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sasaran itu dibuat selepas memperoleh kira-kira 60,000 pelancong kesihatan ke Johor pada tahun lalu.


“Sepanjang tahun lalu, seramai 20 juta pelancong datang ke negeri ini dengan 60,000 daripada mereka adalah pelancong kesihatan.


“Mereka (pelancong kesihatan) mendapatkan rawatan atau membawa keluarga ke rangkaian hospital KPJ dan ini membuktikan kekuatan jenama KPJ di rantau ini.


“Pelanggan KPJ Johor juga bukan sahaja dari Johor, malah luar negara seperti Filipina dan Thailand dan saya yakin, mereka memilih rangkaian hospital KPJ kerana kualiti dan mutu perkhidmatan serta caj yang dikenakan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan menara wad baru Hospital Pakar KPJ Johor, di sini, yang bernilai RM8 juta, hari ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal.


Osman berkata, oleh itu, beliau akan berbincang dengan exco berkaitan bagi mencari mekanisme tertentu untuk menggiatkan usaha bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong kesihatan.


Dalam itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, pembukaan wad baru itu bakalĀ  menempatkan 31 katil baru sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan katil sebanyak 274 di hospital berkenaan


“Kita turut menjangkakan peningkatanĀ  jumlah pesakit sebanyak 23 peratus daripada 21,000 kepada 26,000 orang yang mana pembukaan wad baru membabitkan tingkat 5, 6 dan 7 dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.


“Menara baru ini turut menempatkan perkhidmatan kecemasan dan kemalangan, dewan pembedahan kepada pesakit luar, wad harian serta Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]