KJ cadang mesyuarat Kabinet ubah Jumaat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disarankan mengubah mesyuarat Kabinet kepada hari Jumaat bukannya Rabu kerana menganggu perjalanan Parlimen.


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menulis di Twitternya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan ucapan membahas usul titah Yang di-Pertuan Agong tetapi semua kerusi kerajaan kosong.


“Ketua Pembangkang mula membahas usul titah Agong, barisan kerusi depan kerajaan semua kosong. Seorang Menteri pun tidak ada dalam dewan untuk mendengar ucapan Ketua Pembangkang.


“Saya difahamkan para menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada Perdan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat bukannya sewaktu dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen,” tulisnya.


Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan menyatakan, ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat.


“Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat,bila Parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention,” jelasnya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa turut ‘berbunyi’ di Twitternya menulis, jam 3.14 petang Dewan Rakyat sedang bersidang¬† tapi bangku kerajaan kosong.


Selain itu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan juga berkicau, baru jam 4 petang, sidang Dewan Rakyat tamat jam 5.30 petang, mana pergi menteri dan timbalan menteri kerajaan PH?


“Dulu mereka pernah tanya, mengapa kami selalu tidak penuhi masa dalam Dewan Rakyat?


“Nampaknya mereka tak sehebat mana pun. Harap ada perubahan lepas ini. Perlu ada giliran yang bertugas,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]