Nurul Izzah sokong papa tanding Presiden PKR

in Politik by


KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyokong penuh bapanya, Anwar Ibrahim merebut jawatan presiden parti.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata pertandingan jawatan tersebut secara tidak langsung memberi keadilan kepada Anwar yang dinafikan haknya untuk berpolitik oleh kerajaan sebelum ini.


“Sudah tentu ini mengambil kira latar belakang di mana (Datuk Seri) Anwar sendiri dinafikan hak beliau untuk berpolitik menerusi penghakiman dan penghukuman yang tempang dari segi keadilan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.


Menurut beliau, banyak reaksi mahukan Anwar kembali dalam perjuangan reformasi.


“Maka bila berlandaskan latar belakang tersebut, sudah tentu akan dilihat ramai yang bersuarakan hak-hak beliau dikembalikan untuk memimpin parti dan perjuangan reformasi.


“Sudah tentu saya tidak terkecuali. Saya mahukan agar  keadilan beliau dikembalikan  dan ini termasuk juga dengan desakan dan individu seperti (pemimpin PKR) Rafizi Ramli juga mendapat perhatian yang sama,” katanya.


Sebelum ini, Anwar mengumumkan keputusan itu dimuktamadkan selepas berbincang dengan isterinya yang juga Presiden PKR ketika ini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan barisan kepimpinan lain.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]