Pakar bedah plastik diburu polis

in Global by


BRASILIA – BRAZIL. Seorang pakar bedah plastik selebriti dikenali sebagai Dr Bumbum kini diburu pihak berkuasa selepas seorang wanita meninggal dunia setelah diberikan suntikan untuk membesarkan pinggulnya.


Penyiasat memberitahu suspek, Dr Denis Furtado, 45, melakukan prosedur ke atas Lilian Calixto di kediaman mangsa di Rio de Janeiro pada Sabtu lalu.


Dia dibawa ke hospital oleh Furtado selepas mengadu tidak sihat di mana keadaannya semakin teruk sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.


Suspek dilaporkan melarikan diri dan hakim telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.


Teman wanita Furtado telah ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam prosedur tersebut.


Sementara itu, Majlis Perubatan Wilayah Rio de Janeiro (Cremerj) memaklumkan mereka telah membuka siasatan ke atas kematian ibu kepada dua anak itu.


Presiden Persatuan Pembedahan Plastik Brazil, Niveo Steffen itu menyifatkan ia sebagai ancaman yang semakin meningkat dalam industri tersebut.


“Anda tidak boleh lakukan pembedahan plastik di apartmen,” tegasnya.


Difahamkan, Furtado sering tampil menerusi stesen TV tempatan dan mempunyai hampir 650,000 pengikut di Instagram. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]