Ramkarpal kesal diarah keluar dewan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh kesal dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengarahkannya keluar dewan.


Menurut Ramkarpal, keputusan itu berbeza dengan keputusan Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon pagi tadi yang hanya memberinya amaran susulan penggunaan perkataan ‘Pemuda Umno samseng’.


Katanya, sebarang perubahan terhadap peraturan yang telah dibuat perlulah dicabar melalui usul bantahan.


“Jika keputusan dah dibuat dan ada pihak tak puas hati, mereka perlu buat usul. Bukannya dengan Speaker membuat keputusan baru.


“Tidak timbul isu saya kena tarik balik kata-kata saya kerana keputusan muktamad telah pun dibuat. Kalau nak cabar keputusan itu, kena buat satu usul,” katanya kepada media di lobi Parlimen selepas diarahkan keluar dewan.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu samseng: Ramkarpal diarah keluar dewan ]


Bagaimanapun, Ramkarpal berkata, beliau tidak mengetahui berapa lama tempoh arahan keluar dewan tersebut berkuat kuasa.


“Tiada tempoh masa dinyatakan tetapi mungkin saya boleh kembali ke Parlimen esok,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]