Terima kasih, belum buat keputusan tanding Presiden PKR

in Politik by


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum membuat keputusan sama ada akan merebut jawatan Presiden PKR atau tidak.


Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana memberi bayangan bahawa Azmin layak untuk turut sama mempertandingkan jawatan Presiden PKR.


“Terima kasih (mencadangkan), saya hanya akan buat keputusan sebelum pemilihan parti hujung Ogos ini. Sekarang ini saya cuma fokus kepada perbahasan Dewan Rakyat yang baru bermula, terlalu banyak soalan yang perlu dijawab,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.


Zuraida yang turut menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyambut baik hasrat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti, namun mengingatkan agar parti bersedia “menjulang prinsip demokrasi” sekiranya jawatan tertinggi parti itu dicabar.


Beliau bagaimanapun, memberi ‘hint’ bahawa Azmin juga antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]