Apa dah jadi dengan Umno?

in Politik by


SHAH ALAM – Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam mempersoalkan kesetiaan ahli Umno terutamanya kepada mereka yang lompat parti selepas parti itu kalah.


Menurutnya, jika dibandingkan perjuangan Umno pada tahun 1946, pejuang pada waktu itu dilihat lebih setia dan sanggup berjuang demi agama, bangsa dan negara.


Tambahnya, beliau hairan apabila melihat Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin sanggup keluar daripada parti meskipun rakyat telah memilih beliau sebagai wakil rakyat atas kapasiti Umno.


“Sepatutnya dah 60 tahun, Umno terus diyakini. Apa yang tidak kena? Adakah Wanita dan Puteri masih relevan?


“Sekarang perlu ada usaha untuk kukuhkan kesetiaan kepada parti. Saya benar-benar hairan kenapa Ketua Puteri (Mas Ermieyati) lompat parti. Apa dah jadi dengan Umno,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian ke-65 di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]