Bukan pelajar SK Lembah Keramat

in Edisi Selangor KL by


AMPANG – Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Keramat menafikan kes murid yang ‘dijemput’ oleh anggota polis setelah tidak hadir ke sekolah selama 53 hari  yang tular di laman sosial adalah pelajarnya.


Dalam satu kenyataan di laman Facebook sekolah, mesej tersebut dikongsi dari media sosial sebagai peringatan kepada semua pihak.


“Sekolah berharap semua pihak menghentikan tular berkaitan foto itu, bagi mengelakkan kekeliruan,” kata kenyataan itu. .


Pesanan tular itu memaklumkan ada seorang murid tahun enam dipercayai tidak hadir ke sekolah dan pelbagai usaha mengikut prosedur operasi standard (SOP) telah dijalankan.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]