Kementerian bertindih kuasa?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam) mendakwa terdapat pertindihan kuasa antara beberapa kementerian kerajaan PH.


Katanya, ia terjadi apabila Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan diwujudkan.


Menurut beliau, dua kementerian baharu itu menyebabkan timbul persepsi rakyat bahawa kuasa Kementerian Kewangan telah dikurangkan.


“Sebab mereka melihat agensi yang dahulunya di bawah Kementerian Kewangan telah diasingkan dan dimasukkan dalam Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang ada kuasa lebih. Itu perlu dijawab kerana semua GLC dipertanggungjawabkan kepada menteri baru dan bukan lagi Menteri Kewangan.


“Dulu syarikat di bawah Menteri kewangan Diperbadankan nampaknya mereka ada dua bos.


Siapa yang patut sampaikan mesej kepada mereka dan pada siapa mereka patuh?,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.


Katanya lagi, nasib beberapa agensi juga masih menjadi tanda tanya.


“Saya nak tanya dalam keadaan sekarang apa sudah jadi pada SME Corp? Kalau Teraju masih ada di mana ia diletakkan?


“PKS ni dulu 15 kementerian dan 64 agensi terlibat siapa yang jaga? Sama ada Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan atau Kementerian Hal Ehwal Ekonomi?,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]