Kesusasteraan kembali ke sekolah: Maszlee

in Nasional by


SHAH ALAM- Kesusasteraan akan dimartabatkan semula di sekolah seawal sekolah rendah.


Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik berkata, sebagai langkah awal, beliau telah bertemu dengan sasterawan negara, Datuk Seri A Samad Said.


“Saya berjanji dengannya akan membawa karyanya ke sekolah dan akan membuka semula kerana ia lambang ketamadunan,” katanya.


Menurutnya, A Samad juga bersetuju untuk kembali ke Dewan Bahasa dan Pustaka.


“Tanpa seni, tamadun tidak bererti,” katanya pada Bicara Minda Sinar Harian hari ini.


Beliau berkata, KPM juga akan mempertingkatkan waktu pengajian seni dan muzik di sekolah.


“Saya baru perasan, hanya setengah jam diperuntukkan untuk seni dan muzik. Ini adalah satu kerugian yang amat besar dalam pendidikan negara,” katanya.


Maszlee berkata, negara maju memperuntukkan sekurang- kurangnya tiga jam seminggu bagi mata pelajaran tersebut.


“Manusia akan kaku tanpa seni,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]