Kids Athletics platform bentuk atlet pelapis

in Sukan by


IPOH – Program Kids Athletics secara keseluruhannya bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menceburi bidang sukan khususnya olahraga.


Pengerusi Kids Athletics Malaysia, Raja Datuk Seri Raja Yong Sofia Azlan Shah berkata, program berkenaan sewajarnya diteruskan dalam usaha melahirkan atlet terbaik dalam olahraga pada masa depan.


“Program ini sangat baik khususnya untuk golongan kanak-kanak menceburi bidang olahraga dan sekali gus menunjukkan bahawa sukan olahraga bukan untuk golongan dewasa semata-mata.


“Saya berharap agar program ini bakal berterusan negeri ini untuk mewakili negara pada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian.


Datuk Seri Raja Yong Sofia Azlan Shah berkata demikian sempena  Majlis perasmian penutup Kejohanan Kids Athletics Negeri Perak 2018, di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta semalam.


Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang sekali gus menyempurnakan majlis penutupan kejohanan berkenaan.


Hadir sama, isteri Menteri Besar Perak, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM), Datuk Karim Ibrahim.


Untuk rekod, pada tahun ini, Daerah Kinta Utara muncul juara  keseluruhan  Kejohanan Kids Athletics Negeri Perak di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta.


Difahamkan, kejohanan berkenaan yang melibatkan pembabitan daerah lain seperti  Larut Matang Dan Selama (LMS), Manjung, Batang Padang, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Kerian, Bagan Datuk, selain mempertandingkan beberapa acara sukan yang bersesuaian bagi 132 pelajar berusia 12 tahun seperti seperti Sprint/Hurdles Shuttle Relay, Formula One, “8 Endurance” Race, Forward Squat Jumps, Cross Hop, Target Throw over a barrier dan Knee Throw.


Sementara itu, Penyelia Sukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zul Rozaini Seturi menyifatkan kejohanan berkenaan banyak membantu khususnya aspek  melahirkan atlet olahraga pada masa depan.


“Kejohanan ini sangat membantu terutamanya sebagai persediaan awal atlet sebelum pergi lebih jauh dalam sukan olahraga,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]