Majikan gagal patuhi syarat disiasat

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Sebanyak 14 kertas siasatan akan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang Ops Patuh 2 Jabatan Tenaga Kerja Kedah membabitkan 9 daripada 10 syarikat yang diperiksa.


Pengarah Tenaga Kerja Kedah, Azrul Hisham Kamaruzzaman berkata, operasi membabitkan pematuhan Akta Kerja 1955 (Akta 265), Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273), Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Garis Panduan Penetapan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing 2018.


Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuklah kegagalan melaksanakan bayaran gaji minima, kelewatan membayar gaji, kegagalan menyediakan kontrak perkhidmatan, kegagalan memberikan penyata gaji, tidak menyimpan buku daftar pekerja dan kegagalan memberi cuti tahunan, cuti umum dan cuti sakit kepada pekerja.


“Sebanyak 14 kertas siasatan akan dibuka untuk tujuan pendakwaan atau kompaun atas kesalahan yang dilakukan majikan.


“Jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) yang memperuntukkan dan Seksyen 99A Akta Kerja 1955 (Akta265) yang memperuntukkan,” katanya.


Beliau berkata, operasi membabitkan tempat pekerjaan yang diperiksa sekitar Sungai Petani, Kulim dan Pendang itu termasuk sektor pembuatan, pasar raya, restoran dan premis perniagaan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]