Stor simpanan peti sejuk terbakar

in Edisi by


RAWANG – Sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan peti sejuk terpakai musnah dalam kebakaran di Jalan Besar Batang Kali, awal pagi tadi.


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.02 pagi.


Menurutnya, dua jentera bersama 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Masyhur itu.


“Kebakaran berlaku di sebuah rumah kelas A berkeluasan 40 x 50 kaki yang dijadikan stor simpanan peti sejuk.


Hasil pemeriksaan mendapati pemilik membuat penambahan ruang stor tersebut secara haram.


“Anggota melakukan kerja memadamkan kebakaran menggunakan empat aliran dua cabang dan air pili bomba pam jentera,”katanya tiada kemalangan jiwa dilapor berlaku dalam kejadian itu.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]