Tunggu bukti baharu siasatan Teoh Beng Hock

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong menegaskan buat masa ini Peguam Negara telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari bukti baharu terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.


Katanya, arahan itu dikeluarkan awal minggu ini dan siasatan itu memerlukan masa.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kertas siasatan kematian Beng Hock dibuka semula]


“Setakat ini pihak Peguam Negara telah pun mengarahkan pihak PDRM untuk menyiasat kes tersebut.


“Sekiranya ada bukti yang baharu  saya rasa Peguam Negara akan dinasihatkan oleh PDRM,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, hari ini.


“Setakat ini saya difahamkan arahan itu baru diberi awal minggu ini dan kita terpaksa tunggu pihak PDRM untuk menjalankan siasatan selanjutnya.


“Bergantung kepada Peguam Negara untuk arahkan tuduhan diadakan terhadap sesiapa saja. Polis diberikan arahan oleh peguam negara,” jelasnya.


Hari ini, PDRM mengesahkan menerima arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kertas siasatan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, arahan itu diterima pihaknya pada Selasa lalu.




 

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]