HFMD: KKM nafi penutupan sekolah, kelas

in Nasional by


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan 51 sekolah ditutup di Selangor disebabkan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


KKM memandang serius dakwaan yang menjadi tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.


Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pemantauan KKM, sehingga kini tiada penutupan sekolah mahupun kelas disebabkan HFMD.


“Hanya dua kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua sekolah dan kedua-dua sekolah atau kelas tidak ditutup,” katanya.


Menurutnya, sekolah atau kelas terlibat tidak ditutup kerana mengambilkira hasil pemeriksaan  pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan kepada murid lain.


Sementara itu, Noor Hisham berkata, bilangan kes HFMD dijangka meningkat kerana kurangnya


keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan.


“Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


[ARTIKEL BERKAITAN: 33,425 kes HFMD dilaporkan kini]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]