Israel dedah kereta kebal baharu

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Tentera Israel semalam mendedahkan butiran baharu kereta kebal yang direka khusus untuk situasi perang gerila.


Dinamakan Merkava 4 Barak dan dijadualkan beroperasi dalam tempoh tiga tahun, ia adalah siri kereta kebal Merkava Israel, yang secara tradisinya memfokuskan memerangi tentera konvensional di negara jiran Arab.


“Musuh tidak semestinya sebuah negara dan senjata, namun musuh yang menggunakan manusia,” kata Brigadier Jeneral Guy Hasson, ketua kor bersenjata rejim Zionis.


Rejim Zionis berkata, kereta kebal ‘dwi-kegunaan’ itu menggunakan sistem pengesan yang memberi pengendalinya pemandangan penuh kawasan sekitar menerusi topi keledar dipakainya.


Model itu, yang turut dilengkapi sistem komputer berasaskan kecerdasan buatan (AI), direka untuk lebih selamat dalam persekitaran perang gerila tertutup.


Tentera Israel menggunakan kereta kebal di sepanjang sempadan dengan Gaza ketika ketegangan meningkat bantahan dan pertembungan selama beberapa bulan, menyebabkan lebih 140 penduduk Palestin dibunuh. -AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]