Tetamu tak diundang dalam bonet teksi

in Edisi Selangor KL by


PETALING JAYA – Niat seorang pemandu teksi mengisi NGV di sebuah stesen minyak di Kampung Kayu Sungai Ara, di sini terbantut, apabila menerima tetamu tidak diundang dalam bonet kereta tersebut, pagi tadi.


Ular sawa sepanjang 1.5 meter disedari melingkar sebaik pemandu teksi terbabit membuka bonet teksi.


Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.43 pagi tadi.


Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi anggota dapati ada ular sawa di bahagian enjin sebuah teksi.Pasukan bomba berjaya tangkap reptilia tersebut dan dilepaskan ke habitat asalnya,” katanya.


Tiada sebarang  kemalangan jiwa atau mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]