Hasnul Zulkarnain Presiden baharu Pafa

in Sukan by


IPOH – Exco Kerajaan negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dilantik Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang baharu bagi sesi 2018 hingga 2021.


Perkara berkenaan diumumkan bekas Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempena Kongres Tahunan ke-60 di Casuarina @ Meru, pagi tadi.


Hasnul Zulkarnain yang juga Adun Titi Serong menerima 18 pencalonan daripada badan gabungan Pafa dari sekitar negeri sekali gus, mengesahkannya untuk memegang jawatan berkenaan selama satu penggal (2018-2021).


Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar, Datuk Adli Shah Ahmad Tah pula diumumkan selaku Timbalan Presiden Pafa yang baharu bagi menggantikan, Datuk Rashidi Ibrahim.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]