Ibu bapa perlu waspada, hindar anak jadi mangsa buli siber

in Bisnes by


FORTINET, peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber yang luas dan bersepadu, menggesa ibu bapa menyelia aktiviti dalam talian kanak-kanak dan mendidik mereka untuk melayari Internet dengan selamat.


Pengurus Fortinet (Malaysia) Alex Loh, berkata, Internet menyediakan peluang yang luas untuk kanak-kanak berkomunikasi, belajar dan mengembangkan kemahiran baharu.


“Bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar bahawa penjenayah siber bersembunyi dalam talian dan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan yang tidak sesuai, tingkah laku jenayah dan kepalsuan.


Menurut beliau, mengikut kajian global dari Unesco berkenaan buli siber yang meliputi lebih kurang 7,600 kanak-kanak dan remaja berumur lapan tahun hingga 17 tahun di 25 negara, kadar buli siber tertinggi adalah di rantau Asia.


“China (70%), Singapura (58%), dan India (53%). China dan Singapura juga merupakan satu-satunya negara yang melaporkan kadar buli dalam talian yang lebih tinggi berbanding buli secara bersemuka.


“Negara-negara Asia yang lain melaporkan buli siber termasuk Malaysia (33%), Pakistan (26%) dan Jepun (17%),” katanya.


Alex Loh berkata, oleh kerana Internet, terutamanya jalur lebar mudah alih, menjadi lebih mudah diakses dan mampu dimiliki, lebih ramai kanak-kanak melayari dalam talian untuk tempoh yang lebih lama.


“Untuk itu, ibu bapa perlu lebih mengetahui tentang bahaya yang tersembunyi dalam talian meskipun Internet menawarkan bahan pendidikan, permainan yang menyeronokkan dan cara baru untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi ianya juga boleh menjadi taman permainan maya untuk buli siber, kandungan merbahaya, dan untuk penjenayah atau pemangsa kepada kanak-kanak dan keluarganya, dan seterusnya boleh turut mengakibatkan pencurian identiti, jenayah dan lebih parah lagi,” katanya.


Tambahnya, untuk membantu kanak-kanak kekal selamat dalam talian, pakar keselamatan siber Fortinet menasihati ibu bapa supaya berbincang dengan anak-anak mengenai jangkaan untuk mereka berada dalam talian.


“Selain itu perlu mengajar kepentingan menyimpan maklumat secara peribadi, biar mereka tahu untuk melaporkan apa yang diteliti tidak betul.


“Berhati-hati dengan aktiviti komputer mereka. Letakkan komputer di kawasan terbuka dan pertimbangkan untuk melaksanakan kawalan ibu bapa di pelayar laman sesawang.


“Kerana setiap keadaan keluarga adalah berbeza, anda perlu memutuskan apa yang terbaik untuk keluarga anda, Ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka untuk menjadi lebih celik siber dan pada masa yang sama, meletakkan kaedah perlindungan berkesan untuk memastikan mereka selamat dalam talian,” katanya.


 


 


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]