Johor dipilih sekali lagi tuan rumah APRC

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Johor sekali lagi diberi kepercayaan dan penghormatan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk menjadi tuan rumah kepada satu pusingan Asia Pacific Rally Championship (APRC) sempena International Rally Of Johor 2018 bermula hari ini hingga esok.


Kejohanan yang dianjurkan Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor dan Wheel Sport Management Sdn Bhd membabitkan penyertaan 35 pelumba dari lima negara termasuk Jepun, Indonesia, India, New Zealand dan Malaysia.


Seperti tahun sebelumnya, perlumbaan kali ini akan berlangsung di Kota Tinggi melibatkan keseluruhan jarak 560 kilometer.


Dalam kejohanan ini ia akan merentasi laluan di Ladang Tai Tak, Kota Tinggi, Ladang Tak Bai, Jalan Kulai dan Jalan Mawai.


Majlis pelepasan peserta perlumbaan terbabit disempurnakan Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung yang mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di Padang D, Plaza Angsana Mall, semalam.


Hadir sama Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail.


Majlis penamat kejohanan akan diadakan pada jam 3.30 petang di Padang D, Angsana Johor Bahru Mall di sini sementara penyampaian hadiah pada 7.30 malam hari sama di Hotel Holiday Villa, di sini.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]